Jumaat, 17 April 2015

Alamak! Si Dia? 2


    Bab 2

Qisya menggeliat malas. Nikmat betul rasa dapat tidur atas katil empuk ni. Rasa macam nak tidur dan tak nak bangun terus. Aik?? Tak bangun terus tu matilah jawabnya Qisya oii. Jam dikerling. Dah 4.00 pagi. Awal pulak aku bangun. Nak solat tahajjud aku pulak yang ABC hari ni. Fikir Qisya.

Dirinya terus bangkit dari pembaringan. Tekak pula haus. Pergi dapur kejap la. Tombol pintu dibuka perlahan-lahan. Langkah terus diatur keluar. Kalau kat rumah dulu kan senang. Dapur kat sebelah je. Tak payah nak jalan jauh-jauh.

Qisya terus menuruni anak tangga satu persatu. Sesekali matanya ditenyeh. Huarghh! Mengantuk lagi ni. Baik kau hati-hati Qisya. Kalau jatuh tak ada orang nak sambut. Arwah lah kau jawabnya. Omel Qisya mengarut. Maklumlah tengah mamai.

Apabila tiba di pertengahan anak tangga, entah bagaimana kakinya terskip 2 anak tangga membuatkan dia hilang imbangan. Badan terasa berpusing-pusing dan hampir jatuh . Qisya hanya memejam mata kerana terlalu takut. Tiba-tina,pinggangnya terasa dirangkul dari hadapan. Aik? Macam mana tu? Pandai-pandai lah korang imagine. Hehe

Pinggangnya masih lagi terasa dipeluk kejap oleh seseorang. Haruman perfume Dunhill Blue Desire menyakinkan penyambutnya adalah lelaki! Tapi siapa?

Tak akan la Dato Ashari yang sambut aku. Yuckss. Tak mungkin dia. Dia outstation. Habis tu siapa? Wafiy ke?

   "Hoi! cepatlah bangun! Berdiri elok-elok!" Marah satu suara. Pinggang yang terasa dirangkul kejab kini dilepas.

   "Ehem-ehem." Bunyi suara garau itu lagi "tangan kau tuu..." tegur Wafiy. Qisya tersentak. Tangan yang elok memaut leher Wafiy dilepas. Muka mula rasa membahang malu. Wajahku mula berona merah. Malunya!!

   "what's wrong with you huh?" tanya Wafiy keras.

   "what do you mean?"

   "Why you don't switch on the lights?"  tanya Wafiy lagi. Blur gila minah ni!

   "I tak nak kejutkan orang lain. Lagipun, boleh jimat bil eletrik kan?" Soal Qisya selamba. Mata Wafiy buntang. Ingat keluarga Dato Ashari tak mampu nak bayar bil eletrik ke?

   "Buka je la lampu kalau tahu gelap. Yang you ni hulu sangat  kenapa hah? Sampai turun tangga pun tak reti?" Sindir Wafiy sambil masih berpaut pada palang tangga.

Kali ni rahang Qisya pula jatuh. Dia panggil aku apa? Hulu? "I terjatuh okay?  TERjatuh. Bukannya sengaja. Yang you pandai-pandai peluk I tu kenapa? Geli tahu tak?" Ujar Qisya sambil buat aksi nak muntah.

Wafiy memandang Qisya tajam. Pompuan ni memang tak sedar diri betul!

    "Kalau I tak peluk you tadi you dah arwah tau tak? Sedar la diri sikit. Ni tak, nak cakap thanks susah!" Marah Wafiy membuatkan Qisya tunduk memandang anak tangga. Rasa macam budak kecil kena marah dengan ayah la pulak.

   "Thanks.. nite.. sweet dreams" Qisya terus naik semula ke bilik tanpa menghiraukan Wafiy. Wafiy hanya memandang susuk tubuh Qisya yang semakin menghilang dari pandangan.

Wafiy ukir senyum "Kau tak pernah berubah Puteri Aqisya. Sama macam dulu. Tapi makin cantik kau sekarang ya?" Omel Wafiy sendirian.

************

Kelas 5Alfa bingit dengan suara pelajar-pelajar kelas tersebut. Beginilah keadaannya jika cikgu lambat masuk kelas. Kelas akan bertukar jadi pasar. Qisya hanya memandang rakannya yang lain. Ada yang membuka kelab gossip. Ada juga pelajar lelaki yang menyanyi macam tak ingat dunia.

Tapi yang menarik perhatian Qisya, di sudut kelas terdapat seorang lelaki yang tekun membaca buku. Mejanya penuh dengan kertas-kertas dan alat tulisnya. Qisya melangkah perlahan-lahan menghampiri lelaki itu.

  "Hai buat apa tu Wafiy?" Sapa Qisya ceria sambil ukir senyum sinis. Wafiy hanya pandang Qisya bosan sebelum berkata

  "Kau buta ke apa? Tak nampak aku tengah buat apa ni?" Jawab Wafiy pula membuatkan Qisya terlopong. Nak kenakan dia tapi aku pulak yang terkena. Ishh..

   "2,3 kali kena tangkap buat date  baru kau insaf ya? Dulu berfoya-foya tak ingat dunia. Spm 2 bulan je lagi baru kau reti nak belajar?"

Pap! Pen diletak atas meja. Buku ditutup dan dihempas kuat. Kertas digumpal lalu disumbat bawah meja. Qisya terkedu.

  "Kau tak habis nak kacau hidup aku, aku tahu la aku banyak salah dengan kau! Pasal surat cinta yang aku hantar tu pun aku dah mengaku kan? Puas hati kau? Pasal aku nak study ni yang kau sibuk apehal? Ingat kau sorang aje yang pandai? Kau sorang aje la pelajar contoh? Jangan perasan la. Kau tak selalunya duduk diatas. Ada masa kau akan kat bawah juga"

   "So kau nak lawan aku la ni ? Aku tahu la aku budak pandai, tak payah la nak dengki-dengki bagai" jawab Qisya berani.

   "Kau dengar sini..." Wafiy berjalan ke arah Qisya lalu membisikkan sesuatu "aku tak akan kalah dengan anak pungut macam kau! Kau ingat tu!" Bisik Wafiy keras.

Qisya hanya kaku namun hatinya panas dengan tuduhan Wafiy.


Wafiy mendengus kasar apabila mengingati peristiwa tu. Memang dulu dia pernah menghantar surat cinta pada Qisya. Namun, cintanya ditolak mentah-mentah. Qisya juga turut melaporkan pada guru disiplin. Sejak itu juga, perasaannya pada Qisya hilang serta merta. Qisya juga seorang yang sombong dahulu.

Sombong dengan akal yang cerdik yang dikurniakan Allah. Tapi, dia berubah setelah keputusan SPMnya hanya 9A manakala Wafiy mendapat 11A. Sejak itu Qisya menjadi rendah diri. Wafiy pun tidak faham dengan dirinya. Dulu bukan main benci kat Qisya. Tapi pertama kali dia terlihat Qisya dia terkedu. Entak kenapa perasaan yang hilang pada Qisya seakan subur kembali. 

Namun dibiarkan saja kerana Qisya mungkin sudah berpunya. Maklumlah. Dia semakin cantik tapi sayang, tiada pekerjaan tetap. Qisya hanya menolong ibu bapanya dipasar. Wafiy mengeluarkan Samsung Note III lalu gambar Qisya sewaktu sekolah yang diambilnya curi-curi dulu dibuka.

   "Hey bro! Tengok apa tu?" Sergah abangnya sambil cuba mengambil telefon milik Wafiy. Wafiy yang terkejut segera melarikan telefonnya.

   "Cehh.. kedekut! come on! Sharing is caring big boy!"

Wafiy geleng kepala "Not this time okay? Private!"

Hafiy melabuhkan duduk di kerusi sambil mencebik "okay fine! You look tired. Need some rest? Let me handle your work"

    "No need. How about our big project with Dzell's Company ? Everything okay?"

    "Okay! Don't worry." Balas Hafiy sambil tersenyum.

  "Bila nak balik rumah? Mommy dah rindu gila kat anak sulung dia yang kuat kerja ni. Kalau kau balik confirm kau kena tanya macam ni..."

   "Hafiy anak mommy ni bila nak kahwin?"  Serentak mereka ketawa. Sampai tergolek-golek si abang. Haihh.. dah biasa sangat sampai Wafiy boleh ajuk cakap Datin Adiba.
   
   "Dah la Wafiy. Malas nak layan kau. Aku nak balik ni" Hafiy minta diri dulu. Wafiy hanya mengangguk. Ehh kejap!! Macam mana dengan Puteri Aqisya???

Entah kenapa dia tak sedap hati.

Khamis, 16 April 2015

Alamak! Si Dia? 1



       
      Bab 1

Suasana dihadapan banglo mewah 2 tingkat kepunyaan Dato Ashari dan Datin Adiba senyap seketika setelah Datin Adiba memperkenalkan Puteri Aqisya kepada anak lelaki tunggalnya Wafiy Amzar. Datin Adiba memandang pelik ke arah Wafiy yang merenung Qisya tajam dan ke arah Qisya yang terlopong memandang Wafiy. Apa kena dengan budak dua orang ni?

   "Qisya dah kenal ke anak auntie ni?" Tanya Datin Adiba membuatkan Qisya tersentak dari lamunan. Wajah Datin Adiba dipandang. Perlu ke dia cipta pembohongan atau berterus terang sahaja? Arghh! Sekarang masa tidak cukup untuk aku berfikir baik buruknya. Lebih baik terus terang sahaja. Getus Qisya.

   "Errr, dah kenal auntie. Tapi kenal gitu-gitu je. Wafiy senior Qisya dulu" jawab Qisya perlahan sambil tunduk memandang kaki. Setelah lama tidak berjumpa, akhirnya berjumpa juga aku dengan dia. Apa semua ni? Aku tak minta nak jumpa dia. Pandang muka dia pun aku tak nak. 

   "Laa, dah kenal rupanya. Mari masuk dulu. Kita bual-bual kat dalam" Ajak Datin Adiba. Qisya hanya menurut tanpa membantah. Berat pula terasa kaki untuk melangkah. Wafiy Amzar... nama yang membuat hidupku kucar kacir dulu.

Qisya mengambil tempat disebelah Datin Adiba. Wafiy pula duduk bertentang dengan Qisya. Setelah Datin Adiba menggamit Mak Odah agar membuat air teh, Datin Adiba terus menyoal Qisya.

   "Dah berapa lama kenal?"

   "Qisya tak kenal sangat dengan Wafiy. Kenal dulu pun sebab kami satu sekolah. Lepas Wafiy tamat sekolah, kitaorang lost contact." Jawab Qisya hati-hati. Apa yang dia cerita tadi tak sama dengan realiti. Wafiy pun kelihatan sudah tersenyum sinis.

   " So mummy, who is that girl actually?"  Wafiy buka mulut setelah lama berdiam diri.

   "Tadi kata kenal. Kamu tak kenal ke?" Datin Adiba pula semakin pelik.

  " Nope! I do not know her" Amboi mamat sombong ni. Buat-buat tak kenal aku ya. Dulu bukan main cakap aku ni musuh sehidup semati dia. Cehh.. Buat malu aku je.

  "Ni Puteri Aqisya. Mama dengan papa dia kawan baik mummy tau. Tu yang mummy tolong jagakan dia kejap. Parents dia nak balik kampung. Ada hal katanya"
       
  "How long she'll stay here?" Tanya Wafiy lagi dengan riak wajah selamba. Qisya hanya diam membiarkan dua beranak 
itu berbicara.

   "Maybe 2 weeks. Tengok dia. Cantik kan? Lemah lembut. Sopan pulak tu" puji Datin Adiba sambil menjuihkan mulut kearah Qisya yang sedang membantu Mak Odah menuang air teh ke dalam cawan. 

  "Auntie, minum" kata Qisya sambil mensuakan dua cawan teh. Satu untuk Datin Adiba satu lagi untuk mamat kejung tu. Dari tadi lagi mula tu tak ada reaksi pun.

Datin Adiba menyambut huluran Qisya sambil tersenyum manis. "Kalau buat jadi menantu pun ok juga kan Wafiy?"

Air teh yang baru sahaja memasuki rongga Qisya akhirnya tersembur keluar. Begitu juga dengan Wafiy. Mereka berdua kalut mencari tisu. Bibir dan pipi dilap.

   "Apa? Salah ke apa yang mummy cakap?"

Wafiy sudah menelan air liur. Ayoyo... Janganlah cakap mummy ada hati nak kenenkan aku dengan minah blur + slumber ni. Not my taste!

Qisya pula terkedu. Jadi menantu Datin Adiba? Isteri Wafiy Amzar? Mamat kejung tu?  Impossible!