Khamis, 16 April 2015

Alamak! Si Dia? 1



       
      Bab 1

Suasana dihadapan banglo mewah 2 tingkat kepunyaan Dato Ashari dan Datin Adiba senyap seketika setelah Datin Adiba memperkenalkan Puteri Aqisya kepada anak lelaki tunggalnya Wafiy Amzar. Datin Adiba memandang pelik ke arah Wafiy yang merenung Qisya tajam dan ke arah Qisya yang terlopong memandang Wafiy. Apa kena dengan budak dua orang ni?

   "Qisya dah kenal ke anak auntie ni?" Tanya Datin Adiba membuatkan Qisya tersentak dari lamunan. Wajah Datin Adiba dipandang. Perlu ke dia cipta pembohongan atau berterus terang sahaja? Arghh! Sekarang masa tidak cukup untuk aku berfikir baik buruknya. Lebih baik terus terang sahaja. Getus Qisya.

   "Errr, dah kenal auntie. Tapi kenal gitu-gitu je. Wafiy senior Qisya dulu" jawab Qisya perlahan sambil tunduk memandang kaki. Setelah lama tidak berjumpa, akhirnya berjumpa juga aku dengan dia. Apa semua ni? Aku tak minta nak jumpa dia. Pandang muka dia pun aku tak nak. 

   "Laa, dah kenal rupanya. Mari masuk dulu. Kita bual-bual kat dalam" Ajak Datin Adiba. Qisya hanya menurut tanpa membantah. Berat pula terasa kaki untuk melangkah. Wafiy Amzar... nama yang membuat hidupku kucar kacir dulu.

Qisya mengambil tempat disebelah Datin Adiba. Wafiy pula duduk bertentang dengan Qisya. Setelah Datin Adiba menggamit Mak Odah agar membuat air teh, Datin Adiba terus menyoal Qisya.

   "Dah berapa lama kenal?"

   "Qisya tak kenal sangat dengan Wafiy. Kenal dulu pun sebab kami satu sekolah. Lepas Wafiy tamat sekolah, kitaorang lost contact." Jawab Qisya hati-hati. Apa yang dia cerita tadi tak sama dengan realiti. Wafiy pun kelihatan sudah tersenyum sinis.

   " So mummy, who is that girl actually?"  Wafiy buka mulut setelah lama berdiam diri.

   "Tadi kata kenal. Kamu tak kenal ke?" Datin Adiba pula semakin pelik.

  " Nope! I do not know her" Amboi mamat sombong ni. Buat-buat tak kenal aku ya. Dulu bukan main cakap aku ni musuh sehidup semati dia. Cehh.. Buat malu aku je.

  "Ni Puteri Aqisya. Mama dengan papa dia kawan baik mummy tau. Tu yang mummy tolong jagakan dia kejap. Parents dia nak balik kampung. Ada hal katanya"
       
  "How long she'll stay here?" Tanya Wafiy lagi dengan riak wajah selamba. Qisya hanya diam membiarkan dua beranak 
itu berbicara.

   "Maybe 2 weeks. Tengok dia. Cantik kan? Lemah lembut. Sopan pulak tu" puji Datin Adiba sambil menjuihkan mulut kearah Qisya yang sedang membantu Mak Odah menuang air teh ke dalam cawan. 

  "Auntie, minum" kata Qisya sambil mensuakan dua cawan teh. Satu untuk Datin Adiba satu lagi untuk mamat kejung tu. Dari tadi lagi mula tu tak ada reaksi pun.

Datin Adiba menyambut huluran Qisya sambil tersenyum manis. "Kalau buat jadi menantu pun ok juga kan Wafiy?"

Air teh yang baru sahaja memasuki rongga Qisya akhirnya tersembur keluar. Begitu juga dengan Wafiy. Mereka berdua kalut mencari tisu. Bibir dan pipi dilap.

   "Apa? Salah ke apa yang mummy cakap?"

Wafiy sudah menelan air liur. Ayoyo... Janganlah cakap mummy ada hati nak kenenkan aku dengan minah blur + slumber ni. Not my taste!

Qisya pula terkedu. Jadi menantu Datin Adiba? Isteri Wafiy Amzar? Mamat kejung tu?  Impossible!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan